Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Korporat

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Korporat

Mengenai Kami

E-mail Cetak PDF

Bahagian Pengurusan Korporat JKR Perak yang terletak di Aras 3, Ibu Pejabat JKR Negeri Perak telah ditubuhkan pada 1 April 2005 dan diterajui oleh Ketua Penolong Pengarah serta dibantu dengan 20 kakitangan. Tujuan utama penubuhan bahagian ini adalah untukĀ  membantu pengurusan JKR Perak kearah melaksanakan tanggungjawab sebagai bahagian yang membantu menaikkan imej korporat JKR Negeri Perak amnya serta mengkoordinasikan segala bentuk maklumat dalam merencanakan segala bentuk perlaksanaan sejajar misi dan visi Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Objektif Bahagian ialah untuk :-

1.Melaksana Perancangan Strategik dan korporat untuk meningkatkan prestasi JKR Perak selaras dengan Visi dan Misi Jabatan.

2.Meningkatkan Kualiti Penyampaian jabatan dengan kawalan dan pemantauan prosedur kualiti, kualiti pelaksanaan dan kualiti produk secara berkesan disamping menggalakkan inovasi dan kreativiti melalui KIK dan Insentif Kualiti.

3.Meningkatkan tahap kompetensi kakitangn JKR Perak dengan latihan terancang dan pemantapan penggunaan Teknologi Maklumat.

4.Sebagai Pusat Maklumat JKR Perak meliputi pengurusan data berpusat, pelaporan, pengurusan aduan dan perolehan Khidmat Professional luar.
Last Updated on Selasa, 10 April 2012 10:08

Program 5 S Korporat

E-mail Cetak PDF

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan di tempat kerja.

Last Updated on Khamis, 12 April 2012 16:59 Baca Lagi...

Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Soalan Lazim

BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT
Aras 3, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia.

Tel: 605-2534041 Faksimili: 605-2415328 Toll Free: 1-800-88-3377
Email : admin@jkrperak.gov.my

 
You are here MUKA HADAPAN